Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang pentadbiran kerajaan Thailand di Kedah. Di samping itu objektif juga untuk melihat reaksi masyarakat orang Melayu terhadap pentadbiran Thailand bermula pada tahun 1942 sehingga 1945. Skop artikel ini merangkumi tempoh masa selama dua tahun pemerintahan Thailand di Kedah bermula pada Ogos 1943 sehingga tamatnya Perang Pasifik yang membabitkan kekalahan Jepun pada tahun 1945. Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Pasifik, kerajaan Thailand telah menyerahkan semula tampuk pemerintahan kembali kepada British. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk menghasilkan artikel ini dilakukan dengan menganalisis sumber primer dan sumber sekunder seperti surat khabar, peta, dokumen dan lain-lain. Hasil kajian menunjukkan bahawa pentadbiran kerajaan Thailand di Kedah telah menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat terutamanya orang Melayu. Dapatan kajian juga mendapati Thailand tidak mengotakan janjinya untuk tidak mencampuri urusan agama dan adat resam orang Melayu apabila perdana Menterinya ketika itu, Plaek Phibunsongkhram ingin menerapkan semangat nasionalisme dengan menekankan polisi “Thainess dan Buddhism” dalam kalangan rakyat seluruh negerinya. Perkara ini telah menyukarkan dan menimbulkan reaksi yang kurang senang dalam kalangan orang Melayu yang sememangnya bertentangan dengan agama yang dianuti oleh mereka iaitu agama Islam. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan bahawa pemerintah dan rakyat tidak patut terikat dengan mana-mana kuasa luar dalam menjalankan pentadbiran atau pemerintahan jika ingin benar-benar bebas dan merdeka. Sultan juga seharusnya berjuang untuk melindungi nasib rakyat dari membiarkan nasib rakyat itu diperkotak-katikkan oleh penjajah asing. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |