Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Kemunculan Islam di Tanah Melayu adalah hasil usaha para pendakwah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Arab, Cina dan juga India. Mereka membawa Islam dan menyebarkannya di alam Melayu. Namun setelah orang Melayu menerima Islam, kebangkitan Islam dilihat terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dek kerana pegangan orang Melayu terhadap Islam yang longgar. Kelonggaran ini merujuk kepada sifat atau kefahaman selapis yang hanya tertumpu kepada ritual semata-mata seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder, makalah ini bermatlamat mengungkap sejarah kebangkitan Islam di Malaysia sebelum merdeka. Era sebelum merdeka memperlihatkan amalan Islam yang terikat secara tradisi dalam lingkaran adat budaya Melayu. Kajian menunjukkan bahawa kebangkitan Islam pada awal abad ke-20 banyak menimbulkan konflik secara terang-terangan antara pendakwah yang digelar Kaum Muda dengan Kaum Tua. Konflik ini melibatkan fahaman dan pendekatan dakwah antara golongan konservatif dengan golongan reformis Islam. Walaupun dewasa ini penggolongan orang Melayu dalam kategori ini sudah tidak lagi berlaku, tetapi fahaman Islam sebagai agama ritual semakin menebal dalam kalangan sesetengah orang Melayu. Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa golongan ini turut berkonflik disebabkan wujudnya segolongan orang Melayu yang ingin menegakkan Islam sebagai agama yang memerintah dan bukan sebagai agama yang diperintah. Kaum Muda percaya Islam merupakan satu cara hidup yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Malah berusaha untuk memastikan Islam sebagai agama yang dominan dalam kehidupan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |