Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISSN :2289-1706
Call number :2289-1706
Main Author :Roszalina Ramli
Additional Authors :Masfueh Razali
Title :Susuk: di antara penemuan klinikal dan amalan tradisional
Varying Form of Title :Susuk: Between Clinical Findings and Traditional Practice
Place of Production :Bangi, Selangor
Publisher :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2024
Corporate Name :Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Location : Selangor, MALAYSIA
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Susuk, atau dikenali sebagai ‘jarum pesona’ dipakai di muka dan bahagian badan yang lain kerana ia dipercayai dapat meningkatkan kecantikan dan keremajaan serta untuk kelihatan ‘garang’ atau tujuan merawat kesakitan tubuh badan, adalah merupakan amalan yang berdasarkan kepercayaan tradisional. Kebiasaannya, penemuan susuk secara klinikal adalah dengan tidak sengaja dalam pengimejan diagnostik, diagnostik iaitu x-ray atau computed tomography scan (CT scan), prosedur yang dijalankan untuk membantu mendiagnos sesuatu penyakit. Penemuan susuk secara kebetulan ini menimbulkan isu yang perlu dijelaskan. Dalam konteks ini, kami ingin menyelidik penggunaan susuk dan aspek-aspek lain yang berkaitan termasuk membincangkan pandangan Islam mengenai praktis ini. Pencarian sistematik telah dijalankan melalui empat pangkalan data elektronik: Ovid, Scopus, PubMed dan Embase, berdasarkan garis panduan PRISMA-ScR sehingga Jun 2023 menggunakan kata kekunci susuk di mana kriteria pemilihan adalah mana-mana artikel yang menerangkan susuk sebagai jarum lurus tanpa menghadkan masa penerbitan. Sejumlah 31 artikel telah dimasukkan dalam kajian skop ini. Kajian ini memberikan maklumat yang relevan dan berpotensi untuk memperkayakan pemahaman tentang susuk dan pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti antropologi budaya, sains perubatan dan agama, serta mempromosikan dialog antara bidang ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035