Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISSN :1985-0611
Main Author :Mohamed Ali Haniffa
Additional Authors :Ayu Nor Azilah Mohamad
Title :Hubungan Etnik di Tanah Melayu, 1941-1955: Penelitian Awal Berdasarkan Sudut Pandangan Sejarah
Varying Form of Title :Ethnic Relationship in Malaya, 1941-1955: Initial Observation Based on Historical View
Edition :Vol. 30 No. 1 (June) (2021): SEJARAH
Place of Production :Kuala Lumpur
Publisher :Universiti Malaya
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Malaya
Location :Kuala Lumpur
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Malaya
Artikel   ini   membincangkan   mengenai perkongsian hubungan etnik di   Tanah   Melayu berdasarkan sudut  pandangan  sejarah,  1941-1955.  Perbincangan  berkisar  kepada  kronologi hubungan kaum ketika kesultanan Melayu Melaka yang menjadi suri teladan dalam konteks perkongsian  nilai, perpaduan  dan  peradaban. Elemen  perkongsian  nilai terus  berakar umbi, namun rapuh berikutan imperialisme dan  kolonialisme. Perkongsian  nilai bersama  dijalin dalam  konteks  masyarakat  majmuk namun bertukar  menjadi prejudis  ketika  pendudukan Jepun  di  Tanah  Melayu. Komunis  melegitimasikan  kuasa  dengan  bertindak  zalim  sehingga membawa  kepada  tercetusnya  pergaduhan  di  antara  orang  Melayu  dan  Cina  berikutan pengunduran  tentera  Jepun. Namun demikian,agenda membina  dan  menyuburkan  kembali perkongsian   nilai bersama menjadi keutamaan dalam   usaha   mengembalikan semula keharmonian  kaum selepas  Perang  Dunia Kedua. Mendasari cabaran Revolusi  Perindustrian 4.0, Malaysia perlu membuat persediaan yang rapi dalam membina jiwa dan masyarakat yang patriotik. Analisis data dibuat dengan menggunakan sumber primer dan sekunder meliputi fail pejabat  kolonial,  akhbar,  buku  dan  wawancara. Hasil  kajian  mendapati  bahawa perkongsian nilai  kehidupan dalam  masyarakat merupakan tonggak kekuatan dalam  membina bangsa Malaysia  yang bersatu  dan  merdeka.  Rentetan  sejarah  yang  pernah  berlaku  seharusnya dijadikan iktibar dalam konteks memaju kecemerlangan agama, bangsa dan tanah air.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035