Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :book
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Atikah Abdul Azam
Title :Amalan Penjagaan Kesihatan Melayu Luar Bandar Kajian di Daerah Lipis, Pahang
Place of Production :Kuala Lumpur
Publisher :Universiti Malaya
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Malaya
Location :Kuala Lumpur
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Malaya
Kajian ini mengenai amalan penjagaan kesihatan masyarakat Melayu yang dilihat dari dua perspektif iaitu untuk memahami pengubatan cara tradisional dan penerimaan masyarakat dengan kaedah tradisional ini. Berdasarkan dua perspektif ini telah menghuraikan tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti amalan penjagaan kesihatan tradisional melalui teks Melayu lama. Kedua, menganalisis penerimaan dan penilaian masyarakat di mukim terpilih terhadap amalan penjagaan kesihatan cara tradisional. Ketiga, untuk menilai dan membandingkan perspektif masyarakat terhadap pengamalan tradisi dalam ruang masyarakat tradisi dan ruang masyarakat kini. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif ini menjalankan kajian secara kepustakaan, temu bual, pemerhatian dan perbincangan. Manakala kuantitatif, menjalankan kajian secara servei di Mukim Kechau, Tanjung Besar, Cheka dan Budu dengan seramai 160 orang responden. Kajian ini telah menggunakan dua struktur model iaitu folks dan adaptasi perlakuan. Model-model ini digunakan untuk melihat penjagaan kesihatan masyarakat tradisi melalui kitab dan masyarakat hari ini berdasarkan penerimaan amalan tradisi. Hasil dapatan dari kajian kitab telah menghuraikan, penjagaan kesihatan masyarakat ketika itu telah menggunakan kaedah dan rawatan secara nyata seperti azimat, jampi, sumber herba dan sumber fauna. Kedua, kaedah dan rawatan secara tidak nyata seperti ramalan, firasat, penggunaan nama dan unsur mimpi. Bagi hasil dapatan dari penilaian masyarakat hari ini, mendapati kaedah azimat diketepikan manakala rawatannya masih dikekalkan. Berbeza dengan kaedah jampi, sumber herba dan sumber fauna ini masih dikekalkan manakala rawatannya telah diketepikan. Penemuan ini dapat dijelaskan berikutan berlakunya penerimaan unsur-unsur teknologi terhadap sumber dan bahan, organisasi masyarakat telah dikawal oleh sistem pendidikan University of Malaya iv dan ekonomi serta ideologi masyarakat yang terbatas dengan ilmu agama, bersifat saintifik dan logik
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035