Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISSN :2289-7208
Main Author :Fatin Rabiha Abdul Kadir
Additional Authors :Zaitul Azma Zainon Hamzah
Title :Ujaran Implisit dalam Filem Melayu Klasik Sri Mersing
Place of Production :Selangor
Publisher :Universiti Putra Malaysia
Year of Publication :2017
Corporate Name :Universiti Putra Malaysia
Location :Selangor
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Putra Malaysia
Filem Melayu klasik merupakan khazanah filem negara yang menyimpan pelbagai elemen budaya dan penggunaan bahasa yang indah. Filem ini padat dengan penggunaan ujaran implisit dalam setiap kata, frasa dan ayat yang digunakan. Kajian ini mempunyai dua fokus utama iaitu mengenal pasti ujaran implisit yang terdapat dalam filem Melayu klasik ‘Sri Mersing’ dan menganalisis makna ujaran yang implisit menggunakan teori Relevans. Teori ini mengandungi tiga komponen penting iaitu konteks, kesan konteks dan kos proses. Kajian analisis teks dijalankan dengan menyata dan menghuraikan pengujaran implisit yang telah dikenal pasti serta mendedahkan peranan konteks, kesan konteks dan kos proses dalam merungkai makna ujaran yang implisit dalam filem tersebut. Hasil kajian mendapati lima petikan ujaran dalam filem ‘Sri Mersing’ yang mempunyai makna implisit. Elemen implisit tersebut mendedahkan keperluan memahami ujaran yang disampaikan dengan menggunakan konteks dan kesan konteks. Dapatan kajian memperlihatkan pemahaman masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang kaya dengan ujaran dan makna implisit. Di samping itu, kajian ini juga telah menonjolkan keindahan dan keunikan bahasa yang terdapat dalam filem Melayu tradisional terutamanya sekitar 60-an.terutamanya sekitar 60-an
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035