Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISSN :2637-0751
Main Author :Ahmad Farid Abd Jalal
Additional Authors :Awang Azman Awang Pawi
Rahimin Affandi Abdul Rahim
Title :Konsep muzium baru: analisis kritikal pemikiran kolonial terhadap Bangsa Melayu
Varying Form of Title :New museum concept: analysis of the critical think of the colonial on the Malay
Edition :JMS Vol. 3 Issue 1 (2020):122 -147
Place of Production :Kuala Lumpur
Publisher :Universiti Malaya
Year of Publication :2020
Corporate Name :Universiti Malaya
Location :Kuala Lumpur
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Malaya
Pembinaan konsep muzium baru di Malaysia memerlukan kepada pemahaman yang jelas dalam memahami teori sarjana kolonial yang merendahkan bangsa Melayu dan agama Islam. Namun, dapat dilihat institusi muzium di negara kitamasih terperangkap dalam doktrin yang ditinggalkan oleh penjajah dari pelbagai aspek. Oleh hal tersebut, objektif  kajian  ini  adalah  untuk  membahaskan  teori-teori  yang  dikemukakan  oleh kolonial  terhadap  dunia  Melayu  dalam  usaha  menyediakan  sebuah  rangka  yang kukuh  terhadap  pembinaan  konsep  muzium  baru,  yang bebas daripada pengaruh kolonial.  Bentuk metodologi kajian ini adalah bersifat kualitatif, iaitu dengan kaedah menganalisis   kandungan   yang   diperolehi   daripada   sumber   primer   dan   secara deskriptif,  seterusnya  sumber-sumber  tersebut  dianalisis  menggunakan  kerangka konseptual  yang  telah  dibangunkan.  Hasil  kajian  ini  mendapati  teori-teori  yang dikemukakan  oleh  kolonial  terhadap  dunia  Melayu  jelas  memberikan  impak  negatif terhadap  semangat  bangsa  Melayu  pada  hari  ini  dan bersifat  berat  sebelah  dalam mempertimbangkan  perihal  bangsa  Melayu  dalam  pelbagai  aspek.  Maka  institusi muzium memainkan peranan  penting  sebagai  medium pendidikan  kepada  segenap lapisan   masyarakat   perlu   mengalami   satu   transformasi   yang   bebas   daripada pengaruh kolonial. Sumbangan kolonial terhadap pembangunan negara kita pada hari ini termasuk mewarisi  institusi muzium adalah besar namundalam usaha membina semangat bangsa Melayu, maka sudah tiba masanya kita kita membangunkan semula institusi  muzium  dengan  falsafah  dan  pemikiran  yang  bertunjangkan  Al-Quran  dan Sunah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035