Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Malaya |
Pembinaan konsep muzium baru di Malaysia memerlukan kepada pemahaman yang jelas dalam memahami teori sarjana kolonial yang merendahkan bangsa Melayu dan agama Islam. Namun, dapat dilihat institusi muzium di negara kitamasih terperangkap dalam doktrin yang ditinggalkan oleh penjajah dari pelbagai aspek. Oleh hal tersebut, objektif kajian ini adalah untuk membahaskan teori-teori yang dikemukakan oleh kolonial terhadap dunia Melayu dalam usaha menyediakan sebuah rangka yang kukuh terhadap pembinaan konsep muzium baru, yang bebas daripada pengaruh kolonial. Bentuk metodologi kajian ini adalah bersifat kualitatif, iaitu dengan kaedah menganalisis kandungan yang diperolehi daripada sumber primer dan secara deskriptif, seterusnya sumber-sumber tersebut dianalisis menggunakan kerangka konseptual yang telah dibangunkan. Hasil kajian ini mendapati teori-teori yang dikemukakan oleh kolonial terhadap dunia Melayu jelas memberikan impak negatif terhadap semangat bangsa Melayu pada hari ini dan bersifat berat sebelah dalam mempertimbangkan perihal bangsa Melayu dalam pelbagai aspek. Maka institusi muzium memainkan peranan penting sebagai medium pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat perlu mengalami satu transformasi yang bebas daripada pengaruh kolonial. Sumbangan kolonial terhadap pembangunan negara kita pada hari ini termasuk mewarisi institusi muzium adalah besar namundalam usaha membina semangat bangsa Melayu, maka sudah tiba masanya kita kita membangunkan semula institusi muzium dengan falsafah dan pemikiran yang bertunjangkan Al-Quran dan Sunah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |