Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Artikel ini memfokuskan tentang lukisan gua di Semenanjung Malaysia dengan memberi fokus terhadap motif dan simbolisme serta kaitannya dengan masyarakat setempat. Ini kerana terdapat sejumlah tapak lukisan di dinding gua batu kapur yang ditemui di Semenanjung Malaysia namun agak malang ia kurang diketahui oleh kebanyakan orang awam. Sedangkan jika dilihat dari beberapa aspek khususnya seni visual ia jelas memaparkan keunikannya yang tersendiri dengan pelbagai jenis rupa bentuk dan motif. Justeru itu dengan membuat rujukan pada buku dan jurnal, artikel ini ingin menonjolkan beberapa aspek yang boleh dikongsikan. Antaranya, lukisan gua adalah sebahagian daripada seni visual yang perlu dilihat dalam konteks sosiobudaya masyarakat zaman prasejarah atau masyarakat Orang Asli di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia. Elemen motif dan pola hiasannya menampilkan pelbagai jenis figura seperti manusia, binatang, alam semula jadi dan sebagainya. Ia bukan sahaja elemen kreativiti individu yang menghasilkan lukisan gua tersebut, malahan ia seolah-olah merakamkan segala kejadian atau peristiwa, aktiviti masyarakat, amalan atau kepercayaan, persekitaran dan sebagainya. Pendek kata, lukisan gua secara tidak langsung telah memberi pelbagai informasi khususnya berkaitan dengan sosiobudaya masyarakat yang hidup pada zaman tersebut. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |