Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pelancongan dilihat memainkan peranan penting dalam penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan
bagi komuniti Batek yang menetap di sekitar Taman Negara, Pahang. Tulisan ini bertujuan untuk
mengupas isu dan cabaran yang dihadapi komuniti Batek kesan daripada perkembangan industri
pelancongan di Kuala Tahan, Pahang. Dalam konteks ini, komuniti Batek tidak terkecuali turut
menerima limpahan daripada perkembangan industri ini. Penglibatan komuniti Batek dalam ekonomi
pelancongan di Taman Negara, Pahang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu sebagai pekerja
(pemandu pelancong dan pemandu bot) dan juga sebagai subjek tarikan pelancong itu sendiri (ikon
budaya). Golongan wanita terutamanya di Kg. Gua Telinga dan Kg. Dedari juga turut melibatkan diri
dalam ekonomi ini sebagai penghasil kraftangan dengan kaum lelaki membantu memasarkan hasil
produk tersebut. Walaupun begitu, penglibatan komuniti Batek dalam industri pelancongan ini sama
ada sebagai pemandu pelancong dan/atau pemandu bot amat bergantung kepada hubungan baik
mereka dengan masyarakat luar, selain mempunyai kemahiran berkomunikasi ketika berhadapan
dengan pelancong asing. Pelancongan juga telah meninggalkan beberapa impak tertentu ke atas
komuniti Batek. Antaranya termasuklah mengganggu hak privacy individu dan komuniti Batek, hak
komuniti dalam mempertahankan keaslian budaya, membataskan kebebasan bergerak mencari sumber
kehidupan daripada situasi sebelumnya, meningkatnya ancaman kesihatan dan jangkitan penyakit dari
luar, bertambahnya tuntutan kepada penghasilan produk lebih berkualiti untuk tujuan pasaran, dan
akhir sekali meningkatnya persaingan dan eksploitasi punca pencarian dengan pihak luar. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |