Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Noor Hasnoor Mohamad Nor
Additional Authors :Eizah Mat Hussain
Title :Konsep ruang dalam bahasa dan pemikiran menerusi pantun melayu
Edition :Vol. 3, Issue 1, (2020), Page 384 -414
Place of Production :Kuala Lumpur
Publisher :Universiti Malaya
Year of Publication :2020
Corporate Name :Universiti Malaya
Location :Kuala Lumpur
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Malaya
  Ruang secara asas merujuk kepada bahagian yang kosong atau terbuka pada sesuatu benda  atau  tempat. Konsep  ruang  dalam  masyarakat  Melayu amat berkaitan dengan bahasa  dan  pemikiran.  Ruang  secara  fizikal  mahupun secarametafora  amat  ketara  dalam   pantun   Melayu memandangkan   fungsi   pantun   adalah   sebagai   medium komunikasi yang sering digunakan oleh orang Melayu sejak dulu lagi untuk menyatakan fikiran  dan  emosi  secara  lebih  santun  yang  berkaitan  dengan  budaya  hidup  dan  akal budi  orang  Melayu.  Aspek  ruang  dalam  kajian  iniadalah  untuk  meneliti perkaitan antara  pantun  dengan bahasa dan  pemikiran  penutur  bahasa  Melayu.Teks Karya Agung Pantun Melayu (2001), iaitu teks yang mengandungi pantun-pantun yang terpilih daripada hasil kerja lapangan serta himpunan teks lama yang dikumpulkan dalam satu teks  yang  telah  diangkat  sebagai  Karya  Agung  Melayudigunakan  sebagai  korpus kajian. Korpus pantun diproses berbantukan komputer dengan menggunakan  perisian antconc  3.4wmelalui  teknik  konkordans.  Analisis  kajian adalah berdasarkan Teori Medan Makna  dalam  penglihatan  dunia  orang  Melayu  yang  berkaitan  ruang  fizikal, ruang psikologi dan ruang budaya. Hasil kajian ini, selain dapat menunjukkan ruang dari segi  pembaharuan  bahasa  dan  pemikiran  juga  membuktikan  bahawa pantun  Melayu sumber  gambaran  bahasa  dan  pemikiran  Melayu  yang  berkaitan  kearifan  tempatan dalam peradaban manusia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035