Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Perpustakaan UMP |
Masjid telah menjadi bukti penyebaran agama Islam di sesebuah tempat termasuklah di negeri Pahang. Pembinaan masjid-masjid baru telah menyebabkan sebahagian bangunan masjid lama tidak digunakan lagi dan bertukar fungsi. Namun, sebahagiannya mempunyai kaitan yang penting dengan sejarah dan tamadun Islam di negeri Pahang. Ini berlaku kerana ketiadaan pengurusan dan pengawasan yang teratur dan sempurna. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mencerminkan keperihatinan terhadap warisan berharga di negeri Pahang. Secara khususnya, ianya bertujuan untuk mengesan dan mengenalpasti kewujudan masjid-masjid lama di negeri Pahang, mengkaji kaedah semasa pemuliharaannya dan membangunkan satu garis panduan pemuliharaan masjid warisan negeri Pahang. Metodologi kajian ini dilakukan secara pemerhatian lapangan, temubual, kajian dokumen dan data yang diperoleh pula melalui kaedah kualitatif. Hasilnya, kajian telah menunjukkan bahawa negeri Pahang memiliki masjid-masjid lama yang berpotensi untuk dijadikan sebagai masjid warisan. Pengekalan kewujudan masjid-masjid tersebut adalah melalui kaedah restrorasi, pertukaran fungsi, pemantauan dan perpindahan. Ianya wajar dipulihara dengan mewujudkan inventori masjid-masjid lama negeri Pahang, mewartakan tanah tapaknya, membuka permohonan penggunaan semula bangunannya, menyediakan peruntukan kewangan bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraannya dan mewartakannya sebagai Masjid Warisan negeri Pahang. Kajian ini diharap dapat mencadangkan beberapa buah masjid lama yang berpotensi untuk dipulihara dan seterusnya dapat dimasyhurkan sebagai Masjid Warisan negeri Pahang |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |