Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :conference_item
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Abd Razaq Ahmad
Additional Authors :Adnan Kamis
Title :Peranan istana di dalam sosialisasi dan transformasi budaya ilmu kesinambungannya di Pahang
Place of Production :Kuantan Pahang
Publisher :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2005
Corporate Name :Universiti Kebangsaan Malaysia
Location :Kuantan Pahang
Web Link :Click to view web link

Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia
Pembinaan negara dan kerajaan pada masa lalu ada kaitan antara pembinaan negara kota dan masyarakat di sekitarnya. Apa yang terjadi di dalam masyarakat Greek dan Roman menunjukkan kerajaan yang terbina di bandar Athen, Sparta dan Rome pada abad 4 dan 5 sebelum masihi mempunyai kaitan yang rapat dengan geofizik dan pemusatan kuasa. Bagi alam Melayu sejarah kesultanan dan kerajaan Melayu juga mempunyai kaitan geofizik serta politik kota don desa. Struktur masyarakat feudal yang berpusat pada istana dan kerabat di raja sebenarnya berkait rapat dengan kecil besar rakyatnya di sekitar negara kota itu. Dalam konteks masyarakat Melayu yang dinyatakan kota dan desa tidak terpisah daripada laut dan budaya kelautan. Sekali gus menunjukkan kerajaan dan kemahrajaan Melayu tidak terikat dengan ekonomi pertanian daratan tetapi juga budaya perniagaan dengan aktiviti maritim berpusat kepada ekonomi tukar barang. Kehadiran kerajaan Sriwijaya (abad ke 7 masihi), Majapahit (abad ke 9 hingga 13 masihi), Melaka Pasai (abad 14 dan 15 masihi), Acheh (abad 16 masihi), Johor Riau (abad ke 17 masihi) ada hubung kait dengan negara kota dan laut itu. Walau apa pun dikotemi politik kenegaraan di bandar dan rakyat di luar kota pertalian antara kuasa, budaya dan ilmu merupakan suatu hubungan timbal batik. Budaya Istana di kota yang merupakan budaya elit dan teras kepada tradisi agung di nusantara tegak di atas paksi yang menyeluruh antara cendikiawan dan budayawan rakyat diluarnya. Justeru, perkembangan ilmu, budaya dan tradisi saling kait mengait antara kota yang ditunjangi oleh Istana dan budaya rakyat berkembang diluarnya saling melengkapi di dalam kehidupan Melayu di nusantara amnya dan di Malaysia umumnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035