Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pelancongan budaya, merupakan salah tarikan utama dalam pembangunan produk pelancongan bagi ,seperti yang telah dirancang dalam pelan pembangunan komprehensif Koridor Ekonomi Wilayah PantaiTimur (ECER). Pelancongan budaya sebenarnya juga terjelma dalam konteks budaya tampak (tangible) danbukan tampak (intangibe) dalam pelbagai aspek penawaran pelancongan di negeri-negeri yang berada diwilayah ini. Setelah menjangkau empat tahun (2008-2011) pembangunan pelancongan terlaksana dalamkonteks wilayah, pencapaian negeri-negeri ini dalam konteks pelancongan budaya masih belum dapatdiukur ke mana dan di mana tahap pencapaiannya. Apalagi mampu menempa nama sebagai nicpelancongan negara dalam konteks wilayah yang kaya dengan budaya tradisi. Sehubungan itu, kertas kerjaini bertujuan meneliti perkembangan pencapaian pelancongan budaya dalam tempoh tersebut denganmenjurus kepada pengenalpastian isu dan cabaran dalam memacu pelancongan budaya di wilayahpembangunan lestari ECER. Kertas ini menghujahkan tanpa adanya kerangka pendekatan dalam menelitiseni budaya sebagai satu ilmu pengetahuan tempatan tinggi dan sebagai industri yang kreatif, berbakat danmenjana kewangan, peluang memajukan pelancongan budaya masih terhalang oleh isu yang konvensionaldan ini tentunya memberi cabaran kepada pelbagai pihak untuk membangunkan pelancongan budaya diwilayah ECER. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |