Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Negeri Pahang tidak asing lagi memiliki budaya warisannya yang asli dan tersendiri. Tenunan
merupakan salah satu tradisi yang bukan sahaja mempunyai
nilai
-
nilai yang tinggi tetapi juga
menyumbang kepada industri pelancongan negeri dan negara. Walau bagaimanapun, ketika ini, tradisi
ini berdepan dengan keterancaman kepupusan kesan daripada beberapa faktor kritikal pengusaha dan
persekitaran sosio
-
buday
a. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan komuniti dalam
membangunkan produk warisan tenunan Pahang DiRaja daripada perspektif pengusaha. Kajian ini
tertumpu di sekitar Kampung Budaya Pulau Keladi, Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja(IKTP
D),
Pramu Jaya Pekan, Pusat Tenun Pahang DiRaja Felda (PTPDF), Kompleks Pengembangan Tenunan
Pahang DiRaja (KPTPD) Sultan Haji Ahmad Shah Kampung Sungai Soi, Kuantan. Hasil kajian
menjelaskan pola keterlibatan komuniti selaku penggerak warisan tenunan Paha
ng terdiri daripada dua
iaitu pengusaha dan juga pekerja. Terdapat tujuh faktor kelestarian pihak pengusaha iaitu faktor
produk (Product), faktor harga (Price), faktor lokasi (Place), faktor promosi (Promotion), faktor aktiviti
khidmat pelanggan (Physica
l evidence of customer Service), faktor proses (Process), faktor sumber
manusia (People). Kesemua faktor ini berperanan besar dan saling memerlukan dalam membangunkan
produk warisan ini di samping mengekalkan dan menjaga kelestarian warisan tenunan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |