Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Noorzatulhidayah Mohd Hanipah
Additional Authors :Daeng Halizadaeng Jamal
Nasirin Abdillah
Title :Ritual dalam cerita rakyat di Mukim Bebar, Pekan, Pahang, Malaysia
Place of Production :Bachok, Kelantan
Publisher :Universiti Malaysia Kelantan
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Malaysia Kelantan
Location :Bachok, Kelantan
Web Link :Click to view web link

Abstract : Universiti Malaysia Kelantan
Cerita rakyat berkembang dari generasi ke generasi dan disampaikan melalui lisan sehingga cerita rakyat dikenali sebagai sastera rakyat naratif nusantara. Cerita rakyat dianggap sebagai media hiburan pada zaman dahulu yang sarat dengan nilai-nilai pengajaran. Namun begitu, jika cerita rakyat difahami dan diteliti ia mempunyai hubung kait antara kehidupan masyarakat dengan kebudayaanmasyarakatnya seperti kepercayaan, sistem kekeluargaan dan ekonomi. Namun, kini cerita rakyat semakin kurang mendapat tempat di hati generasi kerana kewujudan teknologi moden. Lantaran itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti dan membincangkan ritual yang terkandung dalam cerita rakyat di Mukim Bebar Pekan, Pahang. Seterusnya, kajian ini juga menggunakan landasan teori fungsionalisme bagi analisis perbincangan. Metodologi kajian adalah secara kualitatif melalui kajian kerja lapangan iaitu kaedah temu bual berstruktur yang melibatkan tukang-tukang cerita di Mukim Bebar Pekan, Pahang.Hasil kajian mendapati ritual yang terdapat dalam cerita rakyat di Mukim Bebar Pekan, Pahang mempunyai hubung kait yang rapat dengan kebudayaan masyarakat Melayu dan masih diaplikasikan dalam kehidupan sesetengah masyarakat di kampung tersebut hingga ke hari ini  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035