Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Teknologi MARA |
Pahang atau lebih dikenali dengan nama Inderapura satu ketika dahulu merupakan salah sebuah negeri tertua di Semenanjung, mempunyai susur galur sejarah kegemilangan yang penuh warna-warni. Pahang Darussalam seperti yang tertulis di dalam Kitab Hukum Kanun Pahang tidak sunyi dengan pelbagai adat resam dan budaya yang diwarisi oleh orang Melayu bermula dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Demang Lebar Daun, penghulu bagi masyarakat Melayu Palembang sewaktu beliau mahu mengahwinkan anaknya dengan Seri Teri Buana, anak Raja Suran seperti yang tertulis di dalam Sulalatus Salatin. Istiadat Mengarok merupakan salah satu daripada adat istiadat yang tidak mungkin dapat dipisahkan daripada tradisi Melayu Pahang. Berdasarkan Hikayat Pahang, mengarok berasal dari Bugis dan diketuai oleh Panglima benama Selawatang. Istiadat mengarok buat pertama kalinya diadakan di Chenor bagi mengalu-alukan kedatangan Wan Ahmad yang telah ditabalkan menjadi Bendahara Pahang bergelar Bendahara Sewa Raja pada I0 Jun 1865. Istiadat mengarok kemudiannya diperluaskan ke dalam Istiadat Perkahwinan Diraja, Hari Keputeraan, Istiadat Pertabalan Diraja dan beberapa istiadat diraja yang lain. Kertas kerja ini akan membincangkan berkenaan istiadat mengarok yang menjadi intipati istiadat diraja yang hanya diamalkan di Pahang. Seni budaya ini hanya wujud di Pahang haruslah dikekalkan dan dipelihara agar ia tidak ditelan arus pemodenan bangsa. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |