Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Teknologi MARA |
Pemuliharaan dan pemeliharaan merupakan salah satu proses dimana untuk
memanjangkan hayat bangunan supaya ia boleh terus kekal untuk generasi akan datang.
Mengikut statistik Inventori Bangunan Warisan Malaysia pada tahun 1992 sehingga 1993
yang dikeluarkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti sebanyak 20,876 bangunan sebelum
perang yang masih ditahap keasliannya sebaliknya ia berhadapan dengan tekanan dan
ancaman corak kehidupan serta iklim setempat. Menyedari daripada inventori di atas
diperjelaskan bahawa pemuliharaan dan pemeliharaan mempunyai kepentingan. Oleh itu,
penyelidikan ini akan mengetengahkan pengaplikasian penggunaan Garis Panduan
Pemuliharaan Bangunan Warisan (2012) pada Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar,
Pekan, Pahang. Maka instrumen buku kod dan kajian lapangan telah dilakukan serta
dianalisis untuk melihat pengurusan Muzium Sultan Abu Bakar mengaplikasikan Garis
Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan (2012). Didapati bahawa pengurusan Muzium
Sultan Abu Bakar mengaplikasikannya dengan dinamik malah memperkenalkan konsep
muziumnya iaitu ‘Muzium Taman di Dalam Bandar Bertaman’. Dengan penyelidikan ini
keaslian bangunan warisan dapat membantu mengekalkan corak rupa bandar yang ada pada
bandar-bandar di Malaysia sebagai satu nilai budaya yang tidak mungkin dapat diganti lagi
dan menjamin kesinambungan nilai budaya serta tradisi sesebuah bandar. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |