Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Terdapat aksiom yang mengatakan artifak muzium adalah gambaran falsafah kehidupan yang dipegang oleh sesuatu masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perpustakaan dan temu bual yang mengkaji tiga galeri di Muzium Abu Bakar Pekan Pahang iaitu Galeri Islam di Pahang, Galeri Kesultanan Melayu Pahang - Daulat Tuanku dan Galeri Kehambaan. Hasil penelitian ini mendapati tiga perkara utama. Pertama, kesemua galeri menggunakan falsafah pasca kolonial dalam pembinaan asasnya. Kedua, pemilihan artifak galeri menggunakan falsafah Islam iaitu Tauhid, Wasatiyyah, budaya ilmu dan Rationalistik. Ketiga, Galeri kesultanan Melayu Pahang dan galeri kehambaan mencerminkan sifat dominasi intelektual Islam dalam masyarakat Melayu. Kesemuanya menonjolkan elemen tempatan (Islamicate) yang cukup tinggi. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |