Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Rosnani Ibrahim
Additional Authors :Muammar Ghaddafi Hanafiah
ShaifulBahri Md. Radzi
Title :Kepengarangan Dalam Dua Syair Mengenai Raja Dan Pemerintahannya Pada Era Kontemporari(Authorship In Two Poems About The King And His Rule In The Contemporary Era)
Place of Production :Bangi, Selangor
Publisher :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2021
Corporate Name :Pusat Penyelidikan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BAYU) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Pusat Penyelidikan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BAYU) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Artikel ini membincangkan gaya kepengarangan dua penyair syair Diraja Melayu era kontemporari, Mohd Ibrahim bin Said dan Miskiah binti Masrom. Syair adalah satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana dalam era abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19. Pujian dan penceritaan sultan ialah sebahagian daripada corak kepengarangan pada era ini memandangkan penulis mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan istana. Walau bagaimanapun, corak kepengarangan sedemikian mula melemah apabila berkembangnya sastera moden sekitar 1900. Namun muncul dua  karya,  Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009), Mohd Ibrahim bin Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Miskiah binti Masrom. Kedua-dua penulis ini menjadikan raja sebagai subjek penulisan. Sedangkan zaman kontemporari ini penulis tiada akses ke istana. Selain itu, kedua-dua penulis tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pihak istana. Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ini dijadikan data kajian. Bagi membuktikan bahawa masih wujud corak kepengarangan yang memuji dan memerihalkan golongan istana dalam penulisan teks-teks ini, teori perbandingan sastera digunakan. Kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar diaplikasikan. Dapatan kajian juga menemukan tradisi yang menjadi adat dan kepercayaan adalah skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan kedua-dua penulis dalam menjulang dan memartabatkan rajanya. Kajian ini adalah untuk menambahkayakan lagi hasil-hasil kajian secara ilmiah yang menggunakan dua karya baharu yang muncul dalam dunia kontemporari. Kajian ini juga merupakan satu proses memartabat dua karya yang sangat berharga.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035