Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
Additional Authors :Ahmad Farid Abd Jalal
Mohamed Anwar Omardin
Title :Negeri Melayu Pahang Tidak Dijajah: Satu Analisis Dokumen Perundangan Sehingga Triti 1948 [The Malay State of Pahang Was Not Colonized: An Analysis of Legal Documents Until The Treaty of 1948]
Place of Production :Pahang
Publisher :Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Year of Publication :2024
Corporate Name :Fakulti Pengurusan Industri
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Fakulti Pengurusan Industri
Pahang secara berasingan menandatangani triti untuk membentuk kerajaan sementara di Tanah Melayu pada tahun 1948.  Sejarah Tanah Melayu seperti dipersembahkan dalam sistem pendidikan negara tidak mencerminkan fakta mengenai kedudukan Negeri Melayu termasuk Pahang yang diperintah oleh Sultan yang berdaulat. Pandangan popular itu mendakwa bahawa terdapat dua tempoh masa Negeri Melayu dijajah oleh British; pertama, selepas Perjanjian Pangkor 1874, dan kedua, apabila Malayan Union diperkenalkan pada 1 April 1946. Untuk tempoh yang panjang, negeri yang dijajah dikumpulkan secara sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang dan dokumen khusus negeri tersebut. Artikel ini menyiasat kedudukan Negeri Melayu Pahang dari tarikh triti pertamanya dengan British sehingga Triti 1948. Kajian ini bersifat kualitatif menggunakan metodologi sejarah undang-undang dan analisis kandungan berdasarkan sumber primer dengan menggunakan Kerangka Negeri Dijajah. Bukti berdasarkan aspek undang-undang adalah yang paling berwibawa untuk menjawab isu sama ada Negeri Melayu Pahang telah dijajah oleh British. Dapatan kajian mengesahkan bahawa kedaulatan Negeri Melayu Pahang terletak pada pemerintahannya mengikut adat Melayu. Triti Pahang 1948 memelihara kedaulatan rajanya dan memperkenalkan satu bentuk perlembagaan moden sekaligus menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, yang kemudiannya Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035