Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Fakulti Pengurusan Industri |
Pahang secara berasingan menandatangani triti untuk membentuk kerajaan sementara di Tanah Melayu pada tahun 1948. Sejarah Tanah Melayu seperti dipersembahkan dalam sistem pendidikan negara tidak mencerminkan fakta mengenai kedudukan Negeri Melayu termasuk Pahang yang diperintah oleh Sultan yang berdaulat. Pandangan popular itu mendakwa bahawa terdapat dua tempoh masa Negeri Melayu dijajah oleh British; pertama, selepas Perjanjian Pangkor 1874, dan kedua, apabila Malayan Union diperkenalkan pada 1 April 1946. Untuk tempoh yang panjang, negeri yang dijajah dikumpulkan secara sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang dan dokumen khusus negeri tersebut. Artikel ini menyiasat kedudukan Negeri Melayu Pahang dari tarikh triti pertamanya dengan British sehingga Triti 1948. Kajian ini bersifat kualitatif menggunakan metodologi sejarah undang-undang dan analisis kandungan berdasarkan sumber primer dengan menggunakan Kerangka Negeri Dijajah. Bukti berdasarkan aspek undang-undang adalah yang paling berwibawa untuk menjawab isu sama ada Negeri Melayu Pahang telah dijajah oleh British. Dapatan kajian mengesahkan bahawa kedaulatan Negeri Melayu Pahang terletak pada pemerintahannya mengikut adat Melayu. Triti Pahang 1948 memelihara kedaulatan rajanya dan memperkenalkan satu bentuk perlembagaan moden sekaligus menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, yang kemudiannya Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |