Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya |
Islam di Pahang mempunyai sejarah yang unik dan tidak diketahui ramai. Sama ada dari sudut kedatangan Islam, perkembangan dan kelansungannya hingga ke hari ini. Beberapa penemuan kedatangan Islam di Pahang telah dapat dikesan dan ia sebagai satu batu loncatan kepada kajian yang lebih mendalam terhadap sejarah kedatangan Islam, perkembangan dan perjuangannya di Pahang. Lantaran daripada itu, artikel ini akan melakukan tinjauan mengenai Islamisasi di Pahang. Dengan menggunakan dan menganalisis data-data kepustakaan, kajian mendapati terdapat beberapa kenyataan dan bukti yang menunjukkan Islam datang ke Pahang lebih awal daripada melalui Kesultanan Melayu Melaka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |