Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : |
Pahang merupakan sebuah kerajaan tua di Tanah Melayu. Sebagai sebuah kerajaan, secara amalannya terdapat sistem yang mengawal urusan pemerintahan dan perhubungan antara pelbagai pihak dalam aspek kenegaraannya. Apatah lagi kemudiannya Pahang sebagai sebuah kesultanan berdaulat, pastinya mempunyai pemerintahan dan undang-undangnya yang tersendiri. Hukum Kanun Pahang adalah bukti satu tahap ketamadunan yang telah dicapai oleh pemerintahan tradisional di Tanah Melayu. Artikel ini bertujuan untuk menyiasat Hukum Kanun Pahang dari aspek ciri sebuah perlembagaan moden. Kajian ini ialah kualitatif bereka bentuk analisis undang-undang menggunakan jurisprudens watan. Analisis ini memeriksa prinsip kedaulatan dan ciri perlembagaan yang terkandung dalam Hukum Kanun Pahang. Buku berjudul Sejarah Pahang karangan Haji Buyong Adil (1972) dijadikan sebagai sumber utama rujukan sejarah. Kajian ini tidak bermaksud untuk membincangkan setiap elemen dalam ciri perlembagaannya. Dapatan menunjukkan bahawa konsep raja berperlembagaan di Tanah Melayu bukanlah suatu yang asing. Raja Melayu memerintah berpaksikan ajaran agama Islam yang diterjemahkan melalui adat Melayu, tidak seperti ditohmahkan melalui frasa bersultan di hati beraja di mata. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |