Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :sound recordings
Subject :Music and Books on Music
Additional Authors :Roslan Madun / singer
Title :Lagu Pahang : Puteri Wanangsari
Place of Production :Pahang
Notes :
Summary :Wanang sari adalah seorang puteri yang elok paras rupanya juga pandai bersolek. Makin beliau tumbuh dewasa semakin elok paras rupanya sehinggakan semua pemuda dan raja-raja berperang untuk dapatkan puteri wanang sari sehingga ramai yang terbunuh. Wanang sari puteri yang berani dalam membuat keputusan tidak pernah menundukkan diri kepada Harta kurniaan yang mewah yang dihantar oleh para raja dari seluruh negeri. Kejelitaan dan keberanian wanang sari sampai ke pengetahuan sultan melaka maka sultan melaka menghantar rombongan meminang dengan pelbagai emas, perak, intan & berlian namun kerana keteguhan imannya puteri wanang sari tetap menolak kerana beliau tidak taksub akan kemewahan yang diberi. Sehinggakan raja melaka mula berang dan mengugut untuk berperang dengan ayah wanang sari. ayahanda wanang sari yang risau akan keselamatan rakyat memujuk wanang sari untuk berkahwin dengan raja melaka. wanang sari juga anak yang taat apabila diminta oleh ayah dan bonda untuk berkahwin dengan raja melaka beliau akur dan berkahwin juga. walaupun terpaksa wanang sari merupakan isteri yang taat kepada raja melaka. Walinong sari merupakan seorang puteri yang tidak gemar bersolek mahupun berpakaian seperti wanita lain. walinong sari gemar bermain keris, melontar lembing juga bersilat. Walinong sari meskipun tidak pandai bersolek namun kecantikkannya tiada bandingan. beliau seorang puteri yang gagah berani dalam medan pertempuran semua pemuda yang inginkan walinong sari harus menepati satu syarat iaitu mestilah kalahkan puteri tersebut dalam perlawanan silat yang diatur olehnya. pada suatu masa ayahanda walinong sari hendak mengahwinkan walinong sari dengan raja muda pilihan ayahnya. seperti biasa syarat yang diletakkan oleh walinong sari masih sama. namun pada ketika walinong sari hendak membeli barang hantaran untuk perkahwinan beliau dia dan para dayang juga pengawal berehat di sebuah tasik. Di tasik tersebut ada seekor burung jelmaan dari raja bunian. Raja bunian menjelma jadi putra yang tampan dan memikat hati walinong sari. raja bunian dan walinong sari mengadakan pertarungan silat pada ketika walinong sari hendak kalah beliau menunjukkan mukanya yang jelita dan raja bunian hampir ditikam oleh lembing walinong sari bagaimanapun walinong sari tetap kalah. akibat dari itu Walinong sari menerima untuk berkahwin dengan raja bunian pada ketika itu walinong sari tidak mengetahui bahaya lelaki itu raja bunian pelbagai hantaran diatas talam dan payung emas diberi. setelah berkahwin baru dia mengetahui bahawa suaminya adalah raja bunian namun semua sudah terlambat walinong sari tidak boleh lagi pulang ke pangkuan ayahandanya dan terpaksa menetap di puncak gunung tahan sebagai orang halus.
Corporate Name :Perpustakaan UMP
Web Link :Click to view web link
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035