Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Social Sciences
Main Author :Suria Fadhillah Md Pauzi
Title :Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang: raja pemerintah sebagai simbol kuasa dan kedaulatan negeri
Place of Production :International Conference on Law, Policy and Social Justice
Year of Publication :2014
Web Link :Click to view web link

Abstract :
Pahang atau dikenali dengan pelbagai nama yang lain seperti Peng –Heng atau Pong-Fong melakar susur galur pemerintahan bermula daripada keturunan Raja-raja Melaka iaitu Sultan Muhammad Shah (1470-1475) sehingga Sultan Mahmud Shah. Setelah itu, keturunan Bendahara Tun Habib Abdil Majid, keturunan Bendahara Melaka telah mengambil alih tampuk pemerintahan Pahang dan akhirnya pada tahun 1882 Bendahara Wan Ahmad menjadi keturunan Bendahara yang pertama telah memakai gelaran DYMM Sultan. Sementara itu, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang yang menjadi autoriti utama sistem pentadbiran kerajaan Pahang telah dimeterai pada tahun 1948 oleh DYMM Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Mu'azzam Shah Ibni Almarhum Almuktasim Billah Sultan Abdullah. Kertas kerja ini membincangkan susur galur pemerintahan beraja Pahang dan kuasa, hak dan kedaulatan Raja Pemerintah dengan merujuk kepada peruntukan-peruntukan tertentu di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang. 
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035