Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Social Sciences
Main Author :Hayati Adnan
Title :ISTIADAT PERTABALAN DIRAJA SEBAGAI MEKANISME KE ARAH PENGUKUHAN KEDAULATAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU (The Royal Coronation Ceremony as a Mechanism Towards Strengthening the Sovereignty of Malay Royal Institutions)
Place of Production :Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Press
Year of Publication :2024
Corporate Name :Center for Human Sciences
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Center for Human Sciences
Masyarakat umum beranggapan bahawa institusi diraja merupakan sistem monarki yang hanya diamalkan dalam sistem sosial tradisi dan tidak lagi relevan dengan situasi politik dan sosial di zaman ini. Natijahnya, mereka turut menganggap bahawa apa-apa bentuk istiadat istana merupakan bebanan kepada rakyat. Satu kajian telah dijalankan bagi meneliti tatacara istiadat pertabalan diraja negeri Pahang dengan memfokus kepada Istiadat Pertabalan Sultan Pahang ke-5, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. Kaedah kajian ini berbentuk kualitatif, iaitu menggunakan kaedah analisis kandungan dengan memperinci dokumen-dokumen rasmi yang tersimpan di pejabat Jumaah Pangkuan Negeri serta dokumentari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan koleksi FINAS. Penelitian dibuat terhadap tatacara istiadat seterusnya menganalisa dapatan bagi membuktikan bahawa istiadat pertabalan diraja ini tidak sekadar diamalkan sebagai satu istiadat yang harus diwarisi, malah berperanan menjadi mekanisme ke arah mengukuhkan kedaulatan institusi diraja Melayu. Kesimpulannya, istiadat pertabalan merupakan satu usaha mengekalkan waris takhta dalam kalangan waris ganti dan secara tidak langsung mampu mengatasi konflik dalam sesebuah pemerintahan. Proses pelantikan pengganti raja yang mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang dan pemilihan secara syura melalui Jumaah Pangkuan Negeri memberikan satu legitimasi kuasa yang sah kepada raja pemerintah. Apabila kesemua prosedur dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan amalan adat, proses pelantikan seseorang raja bersifat telus dan absah serta tidak boleh dipersoalkan lagi. Secara tidak langsung, dapatan kajian ini bukan sahaja penting kepada institusi diraja, malah bermanfaat kepada kerajaan negeri yang merupakan pemerintah eksekutif di negeri Pahang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035