Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Esnita Sonie, Suresh Narayanen, Nasha Rodziadi Khaw
Title :Koleksi Tembikar Tradisional Dan Tembikar Prasejarah Di Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang: Dokumentasi Dan Analisis Morfologi Awalan
Place of Production :Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
Year of Publication :2021
Web Link :Click to view web link

Abstract :
Artikel ini melaporkan hasil kerja dokumentasi dan analisis tembikar yang telah dijalankan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Sebanyak lapan belas (18) tembikar tradisional iaitu dua belas (12) daripadanya ialah tembikar jenis terenang, lima (5) jenis belanga dan satu (1) tembikar jenis periuk serta beberapa serpihan tembikar prasejarah telah direkodkan. Kesemua tembikar ini telah dikaji menggunakan pendekatan morfologi. Analisis morfologi adalah satu bentuk kajian tentang ciri fizikal tembikar seperti saiz, berat, warna, bentuk, ketebalan, kemasan permukaan dan hiasan. Kajian-kajian lalu turut membuktikan bahawa nilai estetika pada tembikar dapat dijelaskan melalui bentuk motif, simbol dan ragam hiasnya. Analisis morfologi yang dijalankan ke atas tembikar prasejarah juga telah menyumbang maklumat asas tentang profil bibir dan ragam hias tembikar dari tiga buah tapak arkeologi di Pahang iaitu Gunung Senyum, Gua Bama dan Gua Sagu. Laporan awal ini diharapkan dapat menjadi bahan rujukan asas bagi kajian tembikar di Muzium Sultan Abu Bakar pada masa akan datang sekali gus memperkasa pengetahuan kita tentang warisan tembikar dulu dan kini di Pahang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035