|
Koleksi Tamadun Pahang
|
|
| ||||||||||||||||||||||
| Abstract : |
| Kajian ini bertujuan meneroka hasil tenunan sutera Pahang sebagai salah satu warisan dan simbol tarikan di Malaysia. Kajian ini dilihat dari aspek peralatan, budaya, motif, penggunaannya dan tarikan tenunan sutera Pahang. Pendekatan kuantitatif telah digunakan di dalam kajian ini di mana teknik pengumpulan data dilakukan secara temu bual bersama tokoh tenunan sutera daripada negeri Pahang, Puan Natipah @ Nortipah Binti Abdul Kadir bagi mendapat keterangan yang lebih terperinci perihal tenunan sutera Pahang sebagai simbol warisan negara. Kajian ini mendedahkan keistimewaan tenunan sutera Pahang serta proses penghasilannya di kalangan pengusaha warisan Pahang, termasuk corak, jenis sutera, dan ilham unik daripada tokoh tersebut melalui idea pembeli. Faktor perubahan di dalam industri tenunan sutera Pahang di era globalisasi ini meliputi kaedah pembuatan moden, motif dan keaslian fabrik, permintaan, dan trend pemakaian pada fesyen moden mengikut cita rasa pengguna. Kajian ini juga mendapati cabaran berkaitan pengekalan tenunan sutera tradisional memerlukan semua pihak untuk memainkan peranan agar industri ini dapat dimartabatkan sebagai warisan dan budaya negara Malaysia. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |