Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :History General and Old World
Main Author :Habibah Abdul Jabbar
Additional Authors :Nor Azlin Hamidon
Muhammad Ismail Ab Kadir
Abdul Razak Abdul Jabbar
Mohd Rozi Ahmad
Title :Inovasi Struktur Tenunan Dalam Penghasilan Kain Tenun Pahang Diraja
Place of Production :USM
Publisher :Universiti Sains Malaysia
Year of Publication :2016
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract :
Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk menghasilkan kain Tenung Pahang Diraja (TPD) yang lebih kompetatif berdasarkan inovasi dalam struktur tenunan. Kain warisan ini juga masih belum di terokai potensinya, melalui suntikan inovasi yang berlandaskan kreativiti ia mampu menyaingi fabrik lain yang berada di pasaran. Penyelidikan ini menggunakan perisian WeavePoint 6.1 dan Schacht table loom untuk menghasilkan variasi struktur tenun sebagai inovasi dalam penghasilan kain TPD. Ciri-ciri fizikal antara kain TPD komersial dan eksperimen seperti tebal, berat, kepadatan dan crease recovery angle (CRA) dikaji dan dibandingkan. Penyelidikan ini telah berjaya menghasilkan beberapa sampel kain tenun Pahang dengan struktur tenun yang berbeza tetapi mempunyai ciri-ciri fizikal yang setanding dengan kain TPD komersial. Malah, pihak Kompleks Penjara Bentong (Unit Latihan Vokasional), Pusat Pergembangan TPD, Kampung Soi dan FELDA Chini Pahang sedang dalam proses pengeluaran kain TPD sebagaimana kain yang dihasilkan dalam eksperimen ini. Kain tenun tangan adalah istilah yang sering digunakan oleh penenun bagi mengambarkan satu aktiviti dalam mengendali peralatan menenun secara manual. Ia memerlukan kesabaran, ketekunan dan minat yang tinggi kerana menenun kain merupakan satu aktiviti yang halus lagi rumit. Kain TPD adalah salah satu kesenian yang bertapak di bumi Pahang dan kini kian pesat berkembang. Kain lembut yang beridentitikan dari corak polos, berkotak dan berjalur ini melambangkan kearifan penenun dan status pemakai pada suatu masa dahulu. Budaya memakai baju kurung dan berselendang sinonim dengan peradaban wanita Melayu sejak zaman dahulu semakin dilupakan di zaman serba canggih ini. Kemajuan dunia telah mengubah corak pemikiran manusia yang mendambarkan sesuatu yang bersesuaian dengan arus pembangunan semasa termasuklah corak dan cara berpakaian. Kajian ini diharap akan memberi manfaat agar genarasi kini dapat memahami warisan bangsa Melayu dan memastikan kesinambungannya sejajar dengan kehendak pasaran masa kini. Dalam mencapai objektifnya kain ini akan dimartabatkan melalui suntikan inovasi terhadap teknik dan teknologi peralatannya. Idea yang dijana hasil dari kreativiti akan membawa kain TPD ini berkembang seiring dengan kepesatan pembangunan tekstil dunia. Oleh itu dapatan ini akan di kongsi sebagai sebahagian dari bukti penyatuan kesenian generasi dahulu dan kini yang bermatlamat untuk menyesuaikan keperluan semasa dengan masih mengekalkan tradisinya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035