Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISBN :978-983-2795-36-0
Main Author :Mohd Zulfadli B Md Maarof
Additional Authors :Nordin B Hussin
Ahmad Ali B Seman
Title :Sejarah Perkembangan Jalan Darat di Pahang Awal Abad Ke 20
Place of Production :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2017
Corporate Name :Universiti Kebangsaan Malaysia
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia
Kajian ini menganalisis jalan pengangkutan darat di Pahang sebagai satu faktor yang membantu perkembangan ekonomi di negeri ini antara tahun 1900 sehingga 1950. Tempoh masa kajian ini mengandungi pelbagai peristiwa penting yang berkait rapat dengan perkembangan jalan perhubungan ke atas ekonomi di Pahang. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji bagaimana jalan darat di Pahang membantu perkembangan ekonomi negeri ini dalam tempoh lalu. Dimanakah lokasi tumpuan pembinaan jalan darat di Pahang sekitar awal abad ke 20 dan sejauh manakah rangkaiannya. Bagaimana pembinaan jalan ini dilakukan dan apakah sebenarnya tujuan pembinaan jalan darat ini diadakan. Pahang merupakan sebuah negeri yang menggunakan sungai sebagai kaedah perhubungan yang paling utama. Walaupun demikian ia tidak menafikan kewujudan jalan darat yang menjadi penggerak ekonomi di kawasan pedalaman selain menjadi ajen sosioekonomi yang penting di Pahang. Jalan darat telah banyak memberikan kesan positif kepada ekonomi Pahang sebelum dan selepas kedatangan kolonial Inggeris. Setelah negeri ini menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Melayu Bersekutu tujuan pembinaan jalan darat mula berubah dan tidak lagi tertumpu di kawasan tradisional sebelum era kedatangan kolonial Inggeris. Hasil kajian ini mendapati bahawa pembinaan jalan darat di Pahang amat berkait rapat dengan kepentingan semasa pentadbir di negeri ini. Selain itu juga jalan darat terbukti bukan sahaja memberikan sumbangan kepada kepentingan ekonomi malahan turut memberi sumbangan kepada kepentingan keselematan khususnya selepas era perang dunia kedua
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035