Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Arba’iyah Ab. Aziz
Title :SONGKET MELAYU: SERUMPUN BANGSA SESANTUN BUDAYA
Place of Production :Uitm
Publisher :Universiti Teknologi MARA
Year of Publication :2021
Corporate Name :Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Sejarah membuktikan bahawa songket mempunyai kedudukan dan peranannya yang teristimewa dalam sosio-budaya masyarakat di rantau Melayu. Kajian ini menelusuri sejarah titik mula dan peranan institusi Diraja dalam menyebarluaskan seni warisan rumpun Melayu antara Malaysia dan Indonesia khususnya melibatkan songket Terengganu dan songket Riau. Songket dan pemakaiannya adalah menjadi lambang kepada penerimaan dan penyerapan nilai budaya secara kolektif. Ia terbina di atas landasan rentas dan silang budaya yang sudah bertapak lama dan semakin sebati sehingga ke hari ini. Satu kajian mengenai aspek persamaan dilakukan bersandarkan asimilasi dan akulturasi budaya. Justeru, kajian ini dianggap penting sebagai pendokumentasian ilmu untuk kedua-dua buah negara yang mempunyai rantaian dan pertalian yang hampir sama ke atas nilai budaya yang bersifat „homogeneous‟. Penyelidikan ini adalah berteraskan kepada kaedah kualitatif dengan tertumpu kepada kaedah observasi dan temu bual. Selain itu, kajian sekunder turut meneliti aspek kajian historikal dan sosiobudaya. Beberapa informan dari kedua-dua negara dipilih mengikut spesifikasi bidang dan tempat. Jelasnya, setiap perolehan jumpaan menemukan sumber keilmuan yang sangat bermakna. Memandangkan persoalan tentang dunia dan alam budaya Melayu ini bersifat serantau dan sejagat, maka sewajarnya penyelidikan seumpamanya dapat memberi manfaat kepada bangsa Melayu seluruhnya khususnya kepada golongan sarjana, pendidik, penenun, budayawan, seniman, aktivis budaya, sejarawan seni, peniaga, pencipta seni dan masyarakat seluruhnya. Bersandarkan kepada kualiti dan keunikannya, songket sememangnya wajar diiktiraf sebagai seni warisan agung yang unggul serta kaya dengan nilai peradaban dan lambang kesantunan budi bagi kehidupan dan kemanusiaan bangsa Melayu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035