|
Koleksi Tamadun Pahang
|
|
| ||||||||||||||||||
| Abstract : |
| Makalah ini memfokuskan perbincangan kepada penjelasan dan pemaparan
tentang cita-cita dan hasrat sebenar PKM dalam pemberontakan bersenjata
1948 hingga 1960.. Fahaman Komunis berasal dari negara China, dibawa
masuk ke tanah Melayu oleh penghijrah Cina pada awal abad ke-20, serta
menyebar di kawasan penempatan majoriti orang Cina pada 1920-an, dan
muncul sebagai sebuah pertubuhan politik pada 1930, di Kuala Pilah,
Negeri Sembilan, dikenali sebagai PKM. Pelbagai rasional didendangkan
dalam kegiatan PKM ini. Antaranya, yang ditonjolkan, menghalau penjajah
British dan membebaskan tanah Melayu daripada penjajah British. Hasil
kajian mendapati matlamat yang tersirat dalam kegiatan sebenar PKM
adalah menubuhkan sebuah negara rakyat, bernama Republik Demokratik
Rakyat Malaya. Dalam perjuangan ini pula PKM berpegang; penghalang
perjuangan atau berkerjasama dengan British adalah musuh perjuangan
rakyat jelata. Seterusnya apabila berjaya dalam perjuangan, sebuah negara
rakyat akan dibentuk, Rebublik Demokratik Rakyat Malaya, dan rakyat
Malaya hidup kesejahteraan selama-lamanya. Dalam mengejar cita-cita itu,
PKM menyerang, merosak, dan memsabotaj pelbagai kemudahan awam,
membunuh orang awam serta pasukan bersenjata. Sekali gus melakukan
kekejaman, kezaliman dan keganasan. Setelah 12 tahun, 1948 hingga
1960, melancarkan pemberontakan bersenjata PKM gagal menubuhkan
Republik Demokratik Rakyat Malaya. Kerajaan Persekutuan berjaya
mengatasi pemberontajan bersenjata PKM, dan mengisytiharkan darurat
tamat pada 1960. Makalah ini merujuk pelbagai sumber, primer tersimpan
di Arkib Negara Malaysia, Arkib Kebangsaan United Kingdom, dan
Perpustakaan Utama Universiti Malaya, serta bahan sekunder berkaitan
topik perbincangan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |