Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli
Additional Authors :Zulkanain Abdul Rahman
Title :Keganasan Komunis di Selangorpada Zaman Darurat 1948–1960.
Place of Production :UPSI
Publisher :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2014
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract :
Zaman  darurat  yang  berlangsung  selama  12  tahun  dari  tahun  1948  hingga  1960  merupakan  suatu  episod  hitam  dalam  sejarah  Malaysia.  Hal  ini  kerana  sepanjang  tempoh tersebut Tanah Melayu terpaksa berhadapan dengan pelbagai keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Keganasan yang dilakukan oleh komunis dilihat berlaku tanpa mengira masa mahupun tempat. Selangor merupakan salah satu negeri yang menerima kesan langsung daripada pemberontakan dan keganasan yang dilakukan oleh komunis. Kegiatan komunis di Selangor dilihat meliputi serangan ke atas orang awam dan pasukan keselamatan, sabotaj terhadap kemudahan awam dan harta penduduk serta mengganggu perjalanan ekonomi. Kesemua tindakan komunis ini  telah  memberi  kesusahan  bukan  hanya  kepada  penduduk  tempatan  malah  turut  mengganggu perjalanan pentadbiran pihak kerajaan. Artikel ini akan memberi fokus terhadap  bentuk-bentuk  keganasan  PKM  terhadap  aktiviti  ekonomi  di  Selangor  khususnya dalam sektor perladangan getah, perlombongan arang batu dan juga bijih timah di Selangor ketika darurat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035