Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Ho Hui Ling
Title :GERAKAN KOMUNIS DAN PKM: PENELITIAN TERHADAP USAHA KOMUNIS MEMPENGARUHI ORANG MELAYU 1920-1989
Place of Production :UKM
Publisher :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2015
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract :
Usaha komunis dan Parti Komunis Malaya (PKM) mempengaruhi masyarakat Melayu melalui pergerakan mereka di Semenanjung Malaysia bermula sejak tahun 1920-an lagi. Usaha ini dimulakan dengan kehadiran ejen komunis dari Indonesia yang cuba mempengaruhi orang Melayu supaya menyertai gerakan komunis di negeri-negeri Melayu. Usaha ini diteruskan pada zaman pendudukan Jepun melalui penubuhan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau “Bintang Tiga”. Seterusnya, usaha komunis dapat dilihat pada zaman darurat sehingga membawa kepada tertubuhnya sebuah badan militan Melayu, iaitu Rejimen Ke-10 PKM di Pahang pada tahun 1949. Walaupun PKM gagal dalam pergerakan pertamanya (1948-1960), namun PKM tidak putus asa dalam perjuangan mereka. Justeru, apabila PKM muncul semula di Semenanjung Malaysia pada Jun 1968, mereka meneruskan usaha untuk mempengaruhi penyertaan orang Melayu. Untuk itu, komunis telah menggunakan propaganda bahawa komunisme dan agama Islam boleh bekerjasama untuk kemajuan masyarakat Melayu. Mereka turut hadir di masjid dan sembahyang bersama-sama dengan orang Melayu. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya usaha komunis tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat Melayu yang berpegang kuat kepada agama Islam. Kurangnya sokongan orang Melayu kepada pergerakan komunis akhirnya menyebabkan PKM gagal dalam rancangan untuk menguasai Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035