|
Koleksi Tamadun Pahang
|
|
| ||||||||||||||||||||
| Abstract : |
| PENUBUHAN Parti Kominis Malaya (PKM) dapat dianggap sebagai bermulanya kegiatan politik berparti di Semenanjung Malaysia. Parti yang dikuasai oleh
kaum China ini, secara tidak langsung, adalah merupakan percantuman dengan
anasir-anasir anarkis, yang mula muncul pada tahun-tahun 1920an.
Sebelum Perang Dunia Kedua, PKM bukanlah merupakan tenaga utama
didalam arena politik tempatan. Ia hanya aktip dalam gerakan-gerakan bawahtanah secara haram, terutama di sekolah-sekolah malam¹ dan sekolah-sekolah
persendirian, pertubuhan-pertubuhan pekerja dan belia. Buat tahap ini, PKM
belumlah lagi menjadi ancaman yang sebenar kepada pentadbiran kerajaan penjajah
Inggeris.
Kegiatan Kominis di Semenanjung sebenarnya bermula akibat pengaruh
dari Indonesia2. Langkah pertama untuk menyebarkan ideoloji kominis di
Singapura, telah digerakkan oleh tokoh-tokoh kominis Indonesia secara accident,
dari direncanakan. Dalam perjalanan ke Pan Pacific Labour Conference di Canton pada 1924, Alimin buat beberapa ketika telah singgah di Singapura dan menjalankan recruitment yang terbatas, dikalangan golongan yang radikal3.
Pada awal 1925, Tan Malaka, Ketua Perwakilan Comintern bagi Asia Tenggara,
telah mendesak Parti Kominis China (CCP) di Canton supaya menghantar wakilwakilnya guna menyusupi golongan yang radikal di Singapura. Seorang wakil
khas CCP, Fu Ta-ching, telah dihantar ke Semenanjung untuk tujuan tersebut,
Kecuali dikalangan kaum Hailam, agen-agen kominis ini kurang berjaya
kerana adanya saingan dari pihak Kuomintang. Agen-agen kominis Indonesia,
terutama Tan Malaka, Soebakat dan Tamin dan (kemudian) Alimin dan Musso
yang melarikan diri ke Singapura akibat kegagalan Pemberontakan Kominis 1926. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |