Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :AHMAD ZAKI BIN MOHD JOHARI
Title :KERJASAMA DAN KONFLIK ANTARA PARTI KOMUNIS MALAYA DENGAN BRITISH DI TANAH MELAYU, 1941-1948
Place of Production :UM
Publisher :Universiti Malaya
Year of Publication :2017
Corporate Name :FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
Tesis ini mengkaji hubungan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Kolonial British di Tanah Melayu, daripada tahun 1941 hingga 1948. Dalam tempoh tersebut, hubungan antara kedua-dua kuasa yang berpengaruh itu berlangsung dalam dua situasi yang berbeza. Oleh itu, tesis ini telah membuktikan bahawa dalam tempoh tersebut sememangnya berlaku hubungan antara kedua-dua kuasa tersebut sama ada dalam bentuk konflik ataupun kerjasama politik. Proses hubungan itu berlaku sejak sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, sekitar tahun 1920-an. Hubungan ini berlanjutan ketika perang memuncak sehingga era pasca perang dan berakhir pada penghujung tahun 1948, iaitu tempoh kajian tesis berkenaan. Dengan penemuan perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak dan penyertaan PKM dalam Majlis Penasihat Negeri di negeri-negeri Melayu ketika pemerintahan BMA, telah membuktikan kewujudan hubungan yang mendalam antara mereka ketika itu. Bagaimanapun, hubungan yang terbina itu ternyata tidak konsisten dan sering berubah dan diwarnai oleh pertentangan ideologi atas desakan politik tempatan dan antarabangsa. PKM jelas berusaha keras bagi mengembangkan ideologi sosialiskomunis mereka,  di samping menentang segala dasar imperialisme-kapitalisme British yang dianggap tidak demokratik dan menguntungkan rakyat. Bagaimanapun, tindakan awal komunis tersebut telah berjaya dikesan dan dikawal oleh kerajaan kolonial tersebut sehingga akhirnya mencetuskan konflik bersenjata antara kedua-dua pihak. Oleh itu, dalam mengukuhkan dapatan tesis ini, pelbagai kaedah telah digunakan, sama ada melalui kajian lapangan, mahu pun dengan kaedah rujukan di perpustakaan dan arkib yang terdapat di dalam dan luar negara. Dengan itu, pelbagai sumber primer telah dirujuk sebagai bahan utama kajian tanpa mengenepikan sumber sekunder yang tersedia ada. Berdasarkan rekod tersebut, beberapa penemuan baru mengenai kerjasama dan konflik  antara PKM dan British itu telah diperoleh melalui rekod pejabat kolonial, rekod kerajaan persekutuan, rekod kerajaan negeri, buletin, laporan, surat-surat persendirian, memoir dan memorandum serta wawancara dengan tokoh yang terlibat secara langsung atau sebagai pemerhati pada zaman tersebut. Hasil daripada dapatan kajian ini akan dapat digunakan dalam oleh semua pihak baik dari dalam mahupun luar negara, terutamanya daripada kalangan pengkaji sejarah tempatan mahupun pemerintah dalam menyusun dasar-dasar kerajaan dan negara, agar ia bersifat telus dan mementingkan kemajuan serta keamanan sejagat. 
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035