Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Ahamad Jama’ Amin Yang
Additional Authors :Mohd Samsudin
Title :Polemik Aliran Sosialis Marxisme dalam Gerakan Nasionalisme dan Pembangunan Politik Radikal Melayu, 1925–1948
Place of Production :UKM
Publisher :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2017
Corporate Name :Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Web Link :Click to view web link

Abstract : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Sejarah gerakan politik aliran sosialis di Tanah Melayu sering digambarkan mempunyai persamaan dengan fahaman politik komunis. Kemelut pandangan ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap kefahaman perkembangan dan perjuangan politik aliran sosialis di Tanah Melayu, terutama yang mengaitkan gerakan radikal nasionalisme dengan pembangunan politik Melayu di Tanah Melayu. Sehubungan itu, makalah ini menumpukan kepada perkembangan ideologi politik aliran sosialis melalui pengaruh Sosialis Marxisme dari Indonesia yang menjadi asas perkembangan aliran sosialis dalam kalangan gerakan aliran kiri nasionalis radikal Melayu dalam meneruskan keberlangsungan politik kelas sepanjang tahun 1925 sehingga tahun 1948. Dengan menggunakan pendekatan Reconstructionist sejarah dan interpretasi hermeunitik, analisis perbincangan dikembangkan berdasarkan penggunaan sumber primer sebagai asas hujah, terutama dokumen British, di samping sumber-sumber sekunder yang lain. Dapatan kajian mendapati pengaruh aliran sosialis berkembang dalam dua bentuk aliran, iaitu Sosialis Marxisme dan Reformis Marxisme melalui PKMM, API, AWAS, PETA dan BATAS. Dalam konteks Tanah Melayu, perkembangan aliran ini secara dasarnya dikerangkakan oleh sudut pandang Alimin dan Tan Malaka yang membentuk fahaman radikal dalam kalangan aktor-aktor politik Melayu dan membezakannya antara komunis Sosialis Marxisme dengan Reformis Marxisme. Makalah ini menterjemahkan satu sisi yang berbeza berdasarkan tafsiran sumber utama itu sendiri dan pendekatan politik moden dalam menjelaskan perkembangan aliran sosialis di Tanah Melayu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035