|
Koleksi Tamadun Pahang
|
|
| ||||||||||||||||||
| Abstract : |
| Golongan buruh dan kesatuan sekerja adalah antara ‘senjata’ penting komunis dalam gerakan mereka di Tanah Melayu. Ini memandangkan buruh adalah nadi penggerak utama yang memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negara. Sekiranya golongan ini dapat dikuasai,komunis dengan mudahnya dapat mengawal kekuatan ekonomi Tanah Melayu dan menambahkan kekuatan barisan penyokong, seterusnya dapat mempercepatkan pencapaian matlamat perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM). Dengan itu, PKM berusaha menyerapkan pengaruh ke dalam kesatuan sekerja dan menguasai golongan buruh sehingga menimbulkan banyak kekacauan ekonomi di negeri-negeri Melayu sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Dalam tempoh 1930-an dan 1940-an menyaksikan pelibatan buruh dari pelbagai sektor ekonomi dalam mogok dan kekacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu. Kekacauan ini tidak dapat dipisahkan dengan komunis dan PKM. Bagaimanapun, kekacauan dalam sektor ekonomi itu menimbulkan kebimbangan kepada pihak majikan dan wakil buruh serta kesatuan buruh. Berikutnya, pihak kerajaan (pentadbiran British) menjalankan langkah undang-undang bagi menyekat pelibatan dan penguasaan komunis dalam kalangan buruh di Tanah Melayu. Tindakan kerajaan tersebut berjaya untuk melemahkan pengawalan komunis dalam kalangan buruh. Kesukaran PKM dalam mempergunakan golangan buruh dan kesatuan sekerja dalam perjuangan mereka seterusnya telah mempengaruhi keputusan PKM untuk melancarkan gerakan bersenjata di Tanah Melayu pada Jun 1948. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |