|
Koleksi Tamadun Pahang
|
|
| ||||||||||||||||||||||
| Abstract : |
| Penyebaran fahaman komunis di Tanah Melayu dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM), fahaman komunis pada peringkat awalnya disebarkan di kalangan masyarakat Cina sahaja, kemudiannya mereka menyebarkan fahaman mereka kepada masyarakat Melayu. Fahaman komunis disebarkan kepada masyarakat Melayu melalui dua kaedah. Pertama, penyebaran secara langsung kepada orang Melayu (propaganda atau penyebaran ideologi komunis dilakukan secara terus melalui Parti Komunis Malaya); dan kedua, melalui penguasaan parti politik Melayu (menguasai parti politik Melayu dan menyebarkan ideologi komunis dalam parti politik Melayu tersebut). Kajian mengenai kaedah pertama sudah banyak dihasilkan oleh penyelidik sebelum ini. Oleh itu, artikel ini bermatlamat meneliti kaedah kedua komunis iaitu melalui penguasaan parti politik Melayu iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Perkara yang menjadi persoalan kajian ialah sejauh manakah fahaman komunis berjaya menguasai PKMM? Bagi menjawab persoalan kajian, kaedah kualitatif digunakan berdasarkan kepada analisis teks bertemakan sejarah politik. Hasil analisis ini pengkaji telah mendapati fahaman komunis tidak dapat menguasai kepimpinan dan dasar parti kerana dalam PKMM mempunya tiga aliran iaitu aliran nasionalis, aliran agama dan aliran komunis. Aliran yang menguasai kepimpinan adalah aliran nasionalis dan agama. Kegagalan fahaman komunis menguasai PKMM juga disebabkan oleh kerjasama yang terjalin antara mereka adalah atas sebab kepentingan masing-masing. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |