Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :book
Subject :History General and Old World
ISBN :9786297575070
Main Author :Muhaimin Sulam
Title :Mat Indera: Antara Identiti dan Ideologi
Place of Production :ilhambooks
Year of Publication :2023
Web Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Abstract :
‘Persoalan wira atau pejuang bukanlah sekadar melayani emosi atau citarasa sewenang, menurut tuntutan prasangka...Ia menuntut pengamatan halus soal-soal nilai, ideologi, konteks sejarah, pergolakan siasah semasa dan persoalan falsafah kayu ukur moralitas...bukan cuma moralitas tokoh-tokoh yang dijulang, tetapi juga mereka yang mendukung tokoh-tokoh berkenaan.’– Shaharuddin MaarufAsas kepada penerbitan buku ini untuk edisi kedua adalah daripada Mat Indera: Petualang atau Pejuang? yang diterbitkan lebih sedekad lalu. Sebahagiannya adalah hasil daripada rujukan rekod-rekod perbicaraan antara Pendakwaraya lawan Mohamad Sabu antara tahun 2011 hingga 2015. Perbicaraan itu telah menarik minat orang awam mengikuti sejarah Mat Indera. Bahkan ia juga telah menjadi bahan berita bagi media massa pada ketika itu. Kisah Mat Indera kadangkala timbul menjelang sambutan bulan-bulan kemerdekaan. Misteri identiti dan ideologi Mat Indera banyak lagi yang tidak terungkap. Ketokohan Mat Indera itu seharusnya dinilai secara saksama dengan mengambil kira latar belakang sejarah atau pergolakan siasah yang mendesak dan menentukan pemikiran dan tindakan radikal golongan yang sering dirujuk ramai pengkaji sebagai ‘berhaluan kiri’ ini. Jika penilaian dibuat dalam konteks atau latar belakang sejarah sedemikian, tidakkah wajar Mat Indera diangkat atau sekurang-kurangnya diiktiraf juga sebagai pejuang nasionalis, pendukung kemerdekaan yang gigih menentang penjajahan?
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035