Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :book
Subject :General Works
History General and Old World
ISBN :9789674610203
Main Author :Azmi Arifin
Additional Authors :Abdul Rahman Haji Ismail
Title :Di Sebalik Tabir’ Sejarah Politik Malaysia 1945-1957.
Place of Production :ilhambooks
Year of Publication :2016
Web Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Abstract :
Dalam konteks sejarah politik Tanah Melayu, kini dikenali sebagai Malaysia, sejak tahun 1960-an lagi telah banyak isu dan persoalan ditimbulkan dan cuba diberi tafsiran baharu dalam usaha mendekati sejarah yang lebih tepat. Pendekatan sejarah konvensional dan penulisan sejarah tradisional yang (berbau kolonial’ mula dipertikaikan dan dipinggirkan. Didorong oleh ketidakpuasan hati terhadap pendekatan yang dibawa oleh ahli sejarah konvensional, sesetengah sarjana cuba mengemukakan semula peristiwa sejarah dan memberi tafsiran berbeza tentang apa yang berlaku. Isu tafsiran baharu menjadi lebih relevan apabila ia dikaitkan dengan perdebatan dan pentafsiran tentang sejarah politik Malaysia yang berlaku antara tahun 1945 hingga 1957. Sejarah tahun 1945-1957 itu amat padat dengan pelbagai isu dan peristiwa politik yang menimbulkan perdebatan serta mengundang pelbagai perbezaan pendapat. Namun, kontroversi tidak akan muncul dengan begitu ketara sekiranya peristiwa sejarah itu dilihat hanya daripada sudut pentafsiran sejarah yang objektif dan tidak berbau politik atau bersifat memihak Justeru, suatu pendekatan baharu perlu diambil agar sejarah yang berlaku pada tahun 1945 hingga 1957 itu, yang sehingga kini banyak dipengaruhi perspektif ahli politik, diberi tafsiran semula yang bersifat sejarah meskipun ahli sejarah sendiri tidak akan mampu bebas daripada kecenderungan pentafsiran politik. Sesungguhnya tahun 1945-1957 merupakan satu tempoh yang amat penting dalam pengkajian sejarah politik Malaysia. Dalam tempoh satu dekad dua tahun yang penuh dengan gelombang dan gelojak politik itu, tercetus pelbagai peristiwa penting yang bukan sahaja menyimpan lipatan pengalaman penduduk Tanah Melayu masa lampau, tetapi juga membentuk dan mencorak pemikiran masyarakat tentang hakikat politik Malaysia masa kini. Antara peristiwa yang berlaku dalam tempoh itu ialah penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM); pengenalan Malayan Union; penubuhan United Malays National Organisation (UMNO), Hizbul Muslimin, Malayan Indian Congress (MIC), Malayan Chinese Association (MCA); pembentukan Persekutuan Tanah Melayu; penubuhan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA)-Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA); pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM); pengisytiharan darurat; pembentukan Parti Perikatan; berlakunya proses percaturan politik dan pilihan raya; konflik antara kaum dan penubuhan Communities Liaison Committee (CLC) sehinggalah kepada tercapainya kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Semua peristiwa itu cuba disentuh dan dianalisis dalam ‘Di Sebalik Tabir’ Sejarah Politik Malaysia 1945-1957 dengan pelbagai cara dan pendekatan, dan sebahagian besar daripadanya cuba melihat daripada perspektif baharu yang sesetengahnya masih belum popular dalam pemikiran sejarah masyarakat kita pada hari ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035