Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Mohd Tarmizi Hasrah
Additional Authors :Rahim Aman
Shahidi A.H
Title :Variasi dialek Pahang : keterpisahan berasaskan jaringan sungai
Place of Production :UKM
Publisher :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2010
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract :
Kajian ini cuba membawa perspektif baharu terhadap penamaan dan penggolongan dialek Pahang. Kajian lepas terhadap penamaan dan penggolongan sangat dipengaruhi oleh konsep bahawa sempadan politik, menyamai sempadan dialek, sehinggakan dialek Pahang dikatakan memiliki lapan “subdialek” berdasarkan di daerah mana sundialek itu dituturkan. Dialek Pahang lantas digolongkan pula kepada dua kumpulan yang berbeza berdasarkan ciriciri linguistik yang ditonjolkan oleh setiap subdialek. Satu kumpulan di dalam memperlihatkan ciri dialek Pahang dan satu kumpulan lagi memperlihatkan ciri percampuran antara dialek Pahang dan dialek-dialek lain. Dalam usaha meneroka perspektif yang berbeza, kajian ini cuba menjadi sistem sungai di Pahang sebagai asas kepada penamaan dan penggolongan dialek Pahang. Varian-varian linguistik yang ada di tiga batang sungai utama di Pahang iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis dianalisis dan diperbandingkan untuk mengesan ciri persamaan dan perbezaan mereka. Kajian ini mendapati hanya wujud hanya dua subdialek di Pahang iaitu subdialek Hulu Pahang dan Subdialek Hilir Pahang yang sempadannya ditentukan oleh aliran sungai tersebut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035