Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini berfokuskan kepada teknologi pertukangan melayu dalam pembuatan kapal tradisional. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendalami dunia pertukangan Melayu kerana pertukangan Melayu semakin dilupakan oleh masyarakat pada zaman moden ini. Terdapat tiga objektif kajian yang telah dikenalpasti dalam kajian ini. Pertama, mengenalpasti jenis kapal yang paling mendapat sambutan daripada pelanggan. Kedua, menjelaskan proses-proses pertukangan kapal dan yang ketiga ialah menganalisis teknologi yang digunakan dalam pertukangan kapal. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti jenis kapal tradisional yang dihasilkan oleh tukang kapal. Selain itu, pengkaji juga akan menerangkan dan menjelaskan proses-proses pertukangan kapal. Pengkaji telah pun mengenalpasti proses-proses pembuatan kapal tradisional daripada informan iaitu tukang kapal itu sendiri. Dan akhir sekali, pengkaji akan mengenalpasti teknologi-teknologi pertukangan kapal sama ada teknologi moden mahupun teknologi terkini. Teknologi yang dimaksudkan ialah teknologi dari segi penggunaan mesin dan juga alatan tangan. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi iaitu kaedah pemerhatian, kerja lapangan, temubual dan bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan. Hasil penemuan kajian ini mendapati walaupun teknologi semakin canggih, namun tukang kapal masih menggunakan alatan tangan dalam beberapa proses pertukangan kapal. Ini menunjukkan bahawa tukang sangat menghargai kesenian pertukangan Melayu. Hal ini secara tidak langsungnya dapat mengekalkan kesenian warisan terutamanya untuk generasi yang akan datang. |
References |
Abdul Latif Samian dan Nazri Muslim. (2016). Teknologi di Alam Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor Darul Ehsan Abdul Latif Samian, Hamdzun Haron, Khalim Zainal, Nazri Muslim dan Zarina Othman. (2010). Sains dan Teknologi di Alam Melayu (SALAM 1).Institut Alam dan TamadunMelayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor Darul Ehsan Che Husna Azhari. (2017). Sains & Teknologi Alam Melayu.Universiti Kebangsaan Malysia.Selangor Darul Ehsan Hablinur, Duskiardi dan Burmawi. (2012). Proses Pembuatan Rangka Kayu Sebagai Tulang Pada Perahu Nelayan Berbahan Komposit.Program Studi Teknik Mesin-Fakultas Teknologi Industri. Universiti Bung Hatta.Ismail Said. (1989). Seni Pertukangan Perahu Jalur Negeri Pahang.Universiti Teknologi Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |