Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
ISSN :1675-7513
Main Author :Johari Talib
Additional Authors :Maharam Mamat
Maznah Ibrahim
Title :Tun Seri Lanang : dari istana Batu Sawar ke Naggaroe Acheh Darussalam
Edition :Jurnal Melayu Bil 16 (1) 2017
Publisher :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2017
Summary :Tun Seri Lanang adalah seorang tokoh ternama dalam sejarah kebudayaan bangsa Melayu. Beliau berketurunan Melayu-Kling dengan kedua belah pihak keturunan ini mempunyai perkaitan dengan istana Melaka dan Pahili. Sesuai dengan kedudukannya sebagai anak bendahara dan tergolong dalam kerabat bangsawan, beliau terdedah kepada budaya penulisan dan celik huruf sejak awal lagi kerana pada masa itu golongan cendekiawan serta pujangga mempunyai perkaitan rapat dengan istana. Sungguhpun begitu, tidak semua anak-anak bangsawan mempunyai minat dan ketokohan untuk melibatkan diri dalam politik, kebudayaan Jurnal Melayu Bil. 16(1) 2017 ISSN 1675-7513 46 dan penulisan. Sekitar tahun-tahun 1600 hingga tahun 1650an Kerajaan Johor di Batu Sawar hanya memperlihatkan dua tokoh penulis dan politik yang ternama sahaja iaitu Tun Seri Lanang dan Raja Bongsu atau disebut dengan nama lain iaitu Raja Abdullah atau Raja Sebrang. Keduadua tokoh ini bertanggungjawab meneruskan penulisan kitab Sejarah Melayu mulai jatuhnya Kerajaan Islam Melayu Melaka hinggalah ke tahun 1613 apabila Kerajaan Johor di Batu Sawar telah jatuh ke tangan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Tun Seri Lanang yang merupakan bendahara kepada Sultan Alauddin Riayat Shah III telah dibawa ke Acheh sehingga beliau meninggal dunia pada 1656. Di Acheh beliau turut memainkan peranan penting sebagai penasihat kepada tiga orang sultan di samping menjadi raja di Samarlanga. Sesungguhnya Tun Seri Lanang adalah ibarat permata yang tetap bersinar ke mana sahaja dicampakkan. Tun Seri Lanang telah lama meninggal dunia, tetapi hasil karyanya akan terus ditatap dan menjadi rujukan selama-lamanya sebagai rujukan utama dalam memperkatakan budaya dan sejarah orang-orang Melayu di Tanah Melayu serta ruang lingkup budaya Melayu iaitu di sekitar Selat Melaka. Tanpa kitab Sejarah Melayu tiada sumber lagi yang boleh dirujuk berkenaan Kesultanan Melayu Islam Melaka yang menjadi asas kerajaan Melayu moden di Tanah Melayu
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract :
Tun Seri Lanang adalah seorang ahli politik dan pujangga ternama yang berasal dari istana Johor di Batu Sawar. Pada tahun 1613, Tun Seri Lanang telah di tawan oleh bala tentera Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Acheh, kemudian dibawa ke Acheh bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah III dan adindanya Raja Abdullah. Sumber sejarah di Tanah Melayu menganggap Tun Seri Lanang meninggal dunia di Acheh. Peranannya selepas ditawan dan dibawa ke Acheh tidak banyak diperkatakan. Sungguh pun begitu, sumber-sumber sejarah dari Acheh menunjukkan bahawa Tun Seri Lanang tidak dipenjarakan atau meninggal dunia di dalam penjara, sebaliknya beliau telah dilantik menjadi Raja Samarlanga. Beliau juga dilantik menjadi penasihat kepada paduka Sultan Mahkota Alam dan dua orang penggantinya. Beliau mungkin telah diselamatkan atas pengaruh Raja Puteri Kamaliah, iaitu puteri Pahang yang telah dikahwini Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang kemudiannya menjadi permaisuri Acheh. Artikel ini merupakan laporan penyelidikan mengenai kehidupan dan sumbangan Tun Seri Lanang semasa di Acheh. Pada masa ini Tun Seri Lanang menjadi tokoh kepada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Naggaroe Acheh Darussalam.

References

Abdul Samad Ahmad. 2003. Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Abdul Samad Ahmad. 1985. Kerajaan Johor-Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Adli Abdullah. 2010. Tun Sri Lanang: Permata Melayu di Negeri Aceh. http://www.acehforum.0r.id/tun-sri-lanang-t1078 html [akses pada 20 Julai 2016]. Andaya, L.Y. 1975. The Kingdom of Johor. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Buyong Adil. 1972. Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Buyong Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Linehan, W. 1933. Source Of The Malacca, Johore And Pahang Genealogies In The Bustan-AlSalatin. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 11(2 (117), 144- 144. Mohamad Said. 1961. Atjeh Sepanjang Abad. Banda Acheh: Diterbitkan pengarang sendiri. Mohammad Said. 1985. Aceh Sepanjang Abad. Medan: Pt Penerbitan Waspada. Muhammad Junus Djamil. 2009. Gerak Kebangkitan Aceh: Kumpulan karya sejarah. Bandung: Bina Baladi Press. Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Norazimah Zakaria. 2013. Hikayat Melayu @ Sejarah Melayu ?Long Version? Versi Tengku Said: Satu Kajian Teks Sastera Sejarah. Jurnal Melayu, 10: 36-48. Pucot Haslinda H. Teuku Abdul Hamid Azawar. 2008. Tun Seri Lanang dan Terungkapnya Akar Sejarah Melayu Setelah Empat Abad. Jakarta Timur: Pelita Hidup Insani. Linehan, W. 1973. History of Pahang. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of Royal Asiatic Society. Shellabear, W.G. 1967. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Tun Suzana Tun Othman. 2002. Institusi Bendahara: Permata Melayu Yang Hilang. Kuala Lumpur: Pustaka BSM EnterpriseTichelman, G.L. 1978. Sebuah Sartakata Kerajaan Aceh (Eon Atjehneene Sarakata). Terj. Aboo Bakar. Banda Acheh: Pusat Dokumentasi dan Informasi Banda Acheh. Winstedt, R.O. 1979. A History of Johore (1365-1895). Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royaal Asiatic Society. Johor Sultanate. http://en.wikipedia.org/wiki/Johor_Sultanate [akses pada 20 Julai 2016]. Safian Hussain, Johan Jaafar, Mohd. Thani Ahmad & Hawa Abdullah. 1992. History of Modern Malay Literature. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Zainon Ismail. 2004. Warisan Seni Budaya Melayu-Aceh Kaitan Pemerian Teks Sastera dan Realiti Budaya. Jurnal Melayu, 1 : 77-100. Teuku Syahbudin Razi. 1991. Salasilah Raja-Raja Islam di Aceh dan Hubungannya dengan Raja-Raja Islam. Perlak: Komite Nasional Pemuda Indonesia. Van der Putten, J. 2016. Menyingkap Tempurung Orang Melayu: Sejarah Melayu, Buku Teks dan Abdullah Munsyi. MELAYU: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 9 (1): 75-93. Yusoff Iskandar & Abdul Rahman Kaeh. 1978. Sejarah Melayu (Edisi Shellabear): Satu Pembicaraan Kritis dari Pelbagai Bidang. Kuala Lumpur: Heineman Educational Books Ltd.

?


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035