Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Jabatan Kejuruteraan Awam |
Lengkung Keamatan – Tempoh - Frekuensi Hujan (IDF) merupakan satu elemen yang sangat penting dalam bidang hidrologi untuk digunakan dalam aspek rekabentuk sesuatu struktur terutamanya dalam rekabentuk sistem saliran perbandaran. Oleh itu, lengkung IDF yang terkini penting dalam memastikan struktur yang dibina kelak dapat berfungsi dengan lebih efisyen dan memastikannya tidak gagal sepanjang tempoh jangka hayat rekabentuknya. Objektif bagi kajian ini adalah membina lengkung IDF bagi Bandar Pekan Pahang menggunakan kaedah Gumbel dan membandingkannya dengan lengkung IDF yang terdapat di dalam Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MASMA) melalui Ujian Kesepadanan Chi-Square dan perbandingan peratusan. Data stesen hujan yang digunakan dalam analisis kajian ini adalah data stesen hujan bagi Rumah Pam Pahang Tua (3533102) yang diambil dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang Kuala Lumpur bermula dari tahun 1980 hingga 2013. Data hujan dari stesen ini akan dianalisis menggunakan kaedah Taburan Nilai Ekstrem atau Gumbel bagi mendapatkan nilai keamatan hujan bagi Kala Kembali 2, 5, 10, 20, 50 dan 100 tahun dengan tempoh hujan 5, 10, 15, 30, 45, 60, 120, 180, 360, 540, 720, 900 dan 1440. Seterusnya lengkung IDF akan dibina daripada nilai keamatan yang diperolehi menggunakan perisian Microsoft Excel. Dari Ujian Kesepadanan Chi-Square, diperolehi nilai x2 bagi lengkung IDF yang baru dibina dari kaedah Gumbel ialah 0.382. Nilai x2 yang diperolehi ini lebih besar daripada nilai α (0.05), maka ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan secara saintifik (hipotesis alternatif) atau disimpulkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua kaedah taburan dengan nilai keamatan hujan di dalam MASMA dan peratusan perbandingan juga sekitar 3% adalah terlalu sedikit. Maka hasil lengkung IDF yang baru dibina daripada kedua - dua kaedah taburan sesuai digunapakai bagi tujuan rekabentuk infrastruktur sistem saliran Bandar Pekan, Pahang. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |